Thursday 15 March 2012

Ringkasan CIRI-CIRI dan SIFAT, Nabi Muhammad S.A.W

Rupa FIZIKAL ZAHIR Rasulullah S.A.W 

Rupa paras Rasulullah S.A.W, iaitu wajahnya berseri-seri macam bulan purnama, badannya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, dadanya bidang, rambutnya bersikat rapi dan rambut hitam lebat jenis ikal mayang tapi tidak terlalu ikal, dan mencecah ke tepi telinga, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum,hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya.. 

Rasulullah S.A.W mempunyai janggut lebat, tidak bermisai, dan kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih. 

Di dadanya pula menurut riwayat, ada tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, serta berbadan tegap, rata antara perutnya dan dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, manakala antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, sedangkan pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, tapi pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula. 
Lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang pula hujung jarinya.. 

PENAMPILAN DIRI Rasulullah S.A.W 

Penampilan Rasulullah,Nabi yang Allah suka iaitu merapi,menjaga dan memanjangkan janggut dan memendekkan misai. 
Berdasarkan hadith yang menceritakan akan perlakuan Rasulullah S.A.W yang mana pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta iaitu Allah s.w.t 

Apabila Rasulullah S.A.W menoleh, akan menoleh dengan semua badannya, kemudian, pandangannya sering tunduk ke bumi, kelihatan Rasulullah lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya dan selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya. 

Apabila Rasulullah S.A.W berjalan pula, dan apabila diangkat kakinya maka diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, tapi setiap langkahan adalah panjang-panjang seperti orang yang melangkah di atas jurang, 

Menurut riwayat lagi, Rasulullah S.A.W itu kelihatannya berada ‘dalam kerisauan ummat’ 
sentiasa banyak berfikir, dan tidak suka menbazir masa. 

Rasullullah S.A.W adalah seorang yang pendiam, tidak banyak cakap kecuali bila ada keperluan, atau hal penting, dan memulakan bicara dengan lemah lembut, kata-katanya penuh hikmah, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, kadang kadang mengulang percakapan sebanyak 3 kali. 
Rasulullah S.A.W tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya. 

Dalam riwayat lain, Baginda Rasullullah S.A.W tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, 

Di waktu marah, baginda Rasullullah S.A.W terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira, dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Semua itu adalah tanda yang ada pada diri setiap Rasul yang mempunyai ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta tujuh lapisan langit dan bumi Allah S.W.T 

PEMIKIRAN Dan HATI BUDI Rasulullah S.A.W 

Berdasarkan Al-Quran dan Hadith-hadith,apa yang difikirkan dan yang tersirat dihatinya Rasulullah S.AW adalah setiap masa memikirkan kebahagian untuk umatnya,mereka yang islam atau masih belum islam.Rasulullah S.A.W risau dan bimbang supaya seluruh manusia hingga manusia yang terkhir di dunia ini taat kepada perintah ALLAH S.W.T dan perolehi kebahagian dunia dan akhirat.Dan selepas kematian memasuki syurga ALLAH S.W.T 

Dan riwayatkan dalam sebuah Hadith,di mana kasihnya Rasullullah S.A.W kepada umatnya.Baginda menggunakan seluruh masa dan hidupnya,siang atau malam tanpa rehat mendatangi dan memikirkan keadaan umatnya,dengan penuh kasih sayang dalam hati.Hingga dalam keadaan tidurnya sentiasa berlinangan air mata,dalam solahnya sebak dihati mengadu pada ALLAH S.W.T untuk kebahagian umatnya, islam atau pun belum islam.. 

Rasulullah S.A.W dalam kasih sayang pada umatnya,memrelakan dirinya, hina sebagai orang gila,diugut untuk dibunuh,dicerca dan di hina,di di darahi dengan batu dan senjata dan pelbagai kesusaha.Baginda menghadapi kepayahan semata -mata untuk umatnya yang di kasihi agar selamat dan bahagia dunia dan akhirat. 

KURNIAAN ALLAH S.W. T kepada Rasulullah 

Dalam riwayat , ketika Nabi Adam masih di antara ruh dan jasad, Allah S.W.T sudah melantik Nabi Muhammad S.A.W menjadi penghulu pada semua para Anbia yakni sejak di alam roh lagi.. 

Kemudian , ketika malam kelahiran Rasulullah SAW, maka bergoncanglah istana Kisra (Raja Parsi) dan gugur daripadanya empat belas anjung, di tempat lain, api sembahan penganut Majusi yang mana tidak pernah padam sebelumnya sejak seribu tahun telah padam di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, inilah yang aku maksudkan akan kehebatan yang menunjukkan hubungan rapat dari langit. 

Daripada Ibnu Abbas pula meriwayatakan bahawa Siti Aminah Binti Wahab yakni ibu Rasulullah S.A.W ,telah membuat pengakuan bahawa ketika melahirkan Nabi Muhammad SAW, tak rasa sakit sedikitpun.., dan juga pada waktu lahir, telah keluar bersamanya cahaya yang menerangi di antara timur dan barat.Nabi lahir dalam keadaan yang sudah dikhitankan dan dilahirkan juga dengan tali pusat yang sudah siap dipotong. Inilah kehebatan Rasulullah S.A.W yang menunjukkan kehebatan Allah S.WT. 


Waktu zaman kanak-kanak Rasulullah S.A.W. jauh dari perkara-perkara yang tidak baik ,mendatang kerosakan dan dosa kerana dilindungi oleh Allah S.W. 

Waktu kanak-kanaknya, ketika berjalan, awan akan mengikut Rasulullah S.A.W, 
Rasulullah S.A.W dapat melihat dari arah belakang, maka, jika ada sahabat yang berbuat kesilapan dalam solat, ianya dapat dilihat oleh Rasulullah S.A.W dari arah belakang lantas menegur para sahabat dengan penuh hikmah selepas solat. Selain dari melihat dari arah belakang, Nabi juga dapat melihat pada waktu malam seperti melihatnya kita pada waktu siang. Lepas tu, apabila Rasulullah S.A.W bercakap, orang duduk jauh pun dapat mendengar. 

Menurut riwayat Tabrani pula, Nabi tak pernah mendapat mimpi ihtilam.Riwayat Abu Naim, peluh baginda tidak berbau. Dan lagi, sebagai tanda kemulian, Allah S.W.T tulis sifat anggota badan Rasulullah S.A.W Al quran. 

Menurut perawi Muslim pula, nama Rasulullah S.A.W ,Muhammad SAW datang dari nama Allah S.W.T , Hamada (puji), yang mana sebelum itu tidak ada seorang pun yang terilham untuk menamakan anak mereka sebagai Muhammad, maka nama ini, Allah S.W.T yang simpan dalam sejarah ilham manusia. 

Rasulullah S.A.W, dapat menghafal al quran ,walaupun dia ialah seorang yang tidak pandai membaca dan menulis.Rasulullah S.A.W juga, boleh berdialog dengan makhluk yang lain seperti jin,haiwan ,tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. 

kerinduan kepada Rasulullah S.A.W tidak pernah Terubat...Ya Rasulullah
Ya Habiballah,kami MerinduiMu...

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W
"ALLAHUMMA SOLLI ALAA SAIYYIDINAA MUHAMMAD "

Edited by : Norlela Ahmad

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...