Sunday 25 March 2012

SOLAT SAMBIL MENDUKUNG BAYI

Sesiapa yang ada anak kecil dan tiba waktu tu semua ahli keluarga kerja,sekolah dah ada urusan luar tingga anak dan anda di rumah,mesti mengalami masalah susah hendak solat ada yang terlewat solat,Sebab tiada sesiapa yang nak tolong jaga atau tengokkan anak semasa kita nak solat.Takkan kita nak tunggu Suami atau isteri dan ahli keluarga lain yang ada urusan,
Kalau kes anak menangis,bergerak dan risau jatuh semasa kita sedang solat macam-macam perasaan yang membuatkan kita rasa... Nak berhenti solat & pujuk dulu atau teruskan juga solat & biarkan anak menangis,Sudah tentu tak tenteram dan tak khusyuk.Janganlah risau.Sebab ada jalan penyelesaiannya,Agama Islam memberikan kemudahan yang dibolehkan Syarak untuk ibu dan bapa. Syukur Alhamdulilah, betapa indahnya agama Islam ni. :)


Hukum Solat Sambil Mendukung Anak
Adalah dibolehkan solat sambil mendukung anak yang masih kecil. Maksudnyadiharuskan mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Sesungguhnya Nabi saw telah mendukung Umamah binti Zainab r.a dalam keadaan baginda sedang solat. (riwayat Bukhori dan Muslim). Dan adalah Hasan dan Husain memanjat belakang Nabi saw ketikan baginda sedang sujud..

1) Pastikan anak itu bersih dari najis. Perkara ini telah disebut oleh Imam an-Nawawi dalam kitab majmuknya.
2) Kawal pergerakan. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu').
3) Dada sentiasa mengadap kiblat.

Di dalam mengerjakan solat, solat seseorang dikira sah apabila memenuhi beberapa syarat sah solat dan di antaranya ialah mesti berada di dalam keadaan yang suci daripada hadas dan najis. Oleh yang demikian, solat seseorang ibu yang mendukung bayinya semasa bersolat adalah sah dengan syarat bayi tersebut berada di dalam keadaan yang bersih daripada najis (lampinnya tidak ada air kencing ataupun tahi) disepanjang tempoh beliau mengerjakan solat. Namun begitu, jika semasa beliau mendirikan solat bayi kencing ataupun berak, maka solatnya adalah terbatal kerana beliau dikira sebagai orang yang sedang menanggung najis. Orang yang menanggung atau membawa najis adalah tidak memenuhi syarat sah solat. Dari itu, ibu yang mendukung bayi yang terdapat padanya najis semasa bersolat adalah tidak sah solatnya.

>Untuk maklumat lanjut sila tanya pada ustaz/ustazah yg lebih arif pasal hal ni.

Syarat yang perlu dipatuhi ialah jangan melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat.
PS: siapa yg tahu lebih lg tentang isu ni dipersilakan berkongsi maklumat ya...Terima kasih...


Sumber : http://muis.ismaweb.net
Edited by :Norlela Ahmad

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...